Jumaat, 26 Disember 2008

rezeki dari ulat

"Ulat dalam batu pun blh hidup."
Pepatah kat atas tu nak bagitau walau di mana pun kita berada,rezki tetap ada. Malah dijamin. Tapi bagi orang malas,ni la alasan bagi tak payah kerja. Kan ulat dalam batu pun boleh hidup..Aku yang dalam rumah ni takkan tak boleh. Boleh, bukan tak boleh. Tapi hidup kau lebih teruk dari ulat kat dalam batu tu. Dia tu takde akal. Sendiri mau ingat maaaa..

Di sini saya nak cerita pasal ulat. Bukan ulat dalam batu tapi dalam coklat.hahh? ulat dalam coklat? Betul!

3 hari lepas saya pergi shoping kat pasaraya gergasi. Beli la pape yang patut termasuklah sekeping coklat. Ish Sekeping..Betul ke penjodoh bilangan ni. Dah memang bentuknya sekeping pun. Harganya RM6++ gitu.

Sampai rumah anak pun buka la coklat tu. Nampak macam bersawang je kat dalamnya. Seampat la dia makan, aku pun makan sama..huhu..
Bila saya rasa semacam je, saya pun suruh anak tungggu jap. Jangan makan dulu.
Saya buka pembalut pelan-pelan.Memang ada sawang2 pastu nampak ada ulat mati. Uwekkss..
Berpandukan nama dan nombor handpone yang tertera kat resit belian tu saya call cashier pasaraya gergasi tu. Dia minta saya datang dan lapurkan kat kaunter. Dah sampai kat rumah malas la pulak nak keluar kn..

Esoknya saya call la kilang tempat coklat tu dibuat. Setelah dengar penjelasan, sorang staffnya suruh ke kilangnya. Alamak..leceh betul la. Saya cakap tak senang la. Sibuk. Banyak kerja. Ok, dia cakap dia datang jumpe.

Pukul 4 ptg isnin tu dia datang bawak satu beg coklat. Katanya sebagai ganti.Saya acah2 cakap la nak saman kompeni dia. Dia cakap susah la maa. Tunggu dua tiga tahun blm tentu lagi. Itu kalau menang...Kalau kalah camner?
Pendek cerita aku ambil la coklat tu.

Nampak tak apa moral disebalik cerita nie. Apa? tak nampak! Hah..hati terhijab la tu..hehhe.
Begini. Kalau dah ALLAH nak bagi kita rezki, macam2 cara. Kadang2 tak disangka-sangka. Beli satu dapat sepuluh.Ulat mati pun boleh 'bawak' rezki.
Jadi jangan la pandang rendah pada makhluk lain walaupun seekor ulat.Sementelah lagi manusia. Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia. Fikir-fikirlah

Sabtu, 20 Disember 2008

BILA YANG HALAL JADI HARAM..YANG HARAM DISIARKAN

RTM haram lagu hasil lirik Dr Asri
Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my

Karya bekas mufti tak sesuai

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta yang liriknya ditulis bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.

"Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Lagu ini adalah satu daripada lapan lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain.

Dr Asri yang kini menyambung pembelajarannya di sebuah universiti di Lampeter, United Kingdom, tidak dapat dihubungi.

Difahamkan stesen radio dan televisyen swasta tidak mengambil tindakan yang sama mengharamkan lagu itu.

Antara lain lirik lagu itu menyebut Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan.

Selain daripada menulis lapan lirik lagu itu, Dr Asri turut menyampaikan dua puisi bertajuk Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga.
DIPETIK DARI BERITA HARIAN KELUARAN 20 DIS.2008

Selasa, 4 November 2008

SUSAH SANGAT KE.....

Ni pun satu hal lagi. Kenapa ada sesetengah bapak susah sangat nak berkomunikasi, interaksi dengan anak- anak sendiri. Rasanya takdelah susah sangat. Bila nak bagitau sesuatu perkara kena melalui ibu. Ibu ni la yang sampaikan mesej si ayah tadi kat anak-anak. Lama-kelamaan hubungan antara si ayah dan anak menjadi semakin jauh walaupun duduk serumah makan semeja.
Lebih parah lagi bila si ayah pikir yang anak2nya taknak laksanakan kehendaknya seperti yang disampaikan melalui ibu. Melalui pihak ke-tiga, mungkin pesanan tadi tidak difahami sepenuhnya oleh anak2. Mungkin juga kehendak atau maksudnya dah kabur.
Yang malang pulak tu kadang2 si ayah langsung tak cakap pape baik pada ibu ataupun anak. Alih-alih tanya, kenapa tak buat ini, tak buat itu. Ayah buat open house kat opis.Tak de sape yang tahu. Maka kelam kabut la staff dan anak2.Dapat arahan last minit.Tetamu dh mula datang.Alahaii ayah...tak haru jadinya.

Isnin, 3 November 2008

TURUN LA WEHH!!

Harga minyak turun lagi. Masuk nie dah empat kali dah. Tapi harga barang yang naik melambung gara-gara kenaikan harga minyak sebelum nie tak juga turun.

Pagi semalam aku beli roti canai kat Restoran Minang seksyen 7, masa bayar aku tanya la kat budak yang buat roti tu, “roti canai bila nak turun?” Selamba jer dia jawab,” tanya bos dulu la”

Tengok tu, kalau nak turun macam2 alasan. Masa minyak naik 70 sen hari tu, roti canai kosong naik 20 sebiji.

Semalam juga kerajaan sibuk dengan kempen turunkan harga barangan di Pasaraya Tesco dan Giant. Aiiii bang, takkan Tesco ngan Giant jer.
Habis tu makcik, pakcik, adik kakak yang duduk kat ceruk kampung tu macamana. Kat sana bukannya ada hipermarket macam Tesco dan Giant tu. Dah la begitu, harga barang kat kampung lagi mahal dari kat bandar. Ini fakta tau. Masa balik kampung baru2 nie aku beli telor yang gred c 3 biji seringgit. Mak oiiii!
NI PERIGI HANG TUAH KE

Rabu, 22 Oktober 2008

JANGAN BURUK SANGKA PADA ALLAH

Hari ini aku keluar seawal 6.15 pagi untuk elak kesesakan melalui bandar Kelang.Nak lalu Jalan Kebun mungkin air belum surut lagi fikirku. Semalam aku terpaksa meredah banjir yang menenggelami jalan tersebut, dengan hujan yang masih turun malam tadi mungkin keadaan bertambah buruk. UTUSAN MALAYSIA hari menyiarkan berita kejadian banjir yang melanda kawasan tersebut merupakan yang terburuk semenjak 46 tahun.

Sepanjang jalan kereta taklah sesak sangat.Aku memecut mengikut hadlaju 90km/jam.
Tiba di persimpangan Johan Setia lampu isyarat masih lagi hijau, tanpa mengurangkan kelajuan aku terus ke lorong kanan. Tiba-tiba aku lihat dalam kesamaran pagi tu ada benda yang merintangi laluan aku, agak-agak aku panjangnya 3 kaki lebih kot. Nak elak mungkin aku terlanggar divider, nak brek nt takut kereta berpusing ke atau htah apa-apa jadinya pulak. Parah lagi kalau dirempuh dari belakang. Jadi dalam situasi yang kritikal dan hampir sangat dengan benda tu akau nekad merempuh dengan memegang stering kuat2. Bunyi kuat akibat rempuhan itu menggegarkan tangkai jantungku. Bunyi besi berlaga sesamanya. Rupa2nya benda tu ialah paip besi yang diameternya lebih kurang 6 inci.
Kereta yang dipandu sudah menjadi tak stabil ada bunyi yang kuat pada bahagian sebelah kiri. Perlahan aku masuk ke laluan kiri dan memberhentikannya di bahu jalan.
"Adusssss....tayar dah terkopak mak oii"
Setelah beberapa kali mencuba membuka tayar tu untuk diganti dengan spare tayar,ia taknak juga tercabut. Bila aku cek tengok, rim dah kemek. Patut la taknak tercabut.
Aku call proton icare mintak bantuan, diaorang suruh aku aku call rakan eon pulak.
Banyak pulak cekadak diorang.SURUH AKU CALL HQ PULAK. IKLAN JE LEBIH DIORANG NIE. MESRA PELANGGAN LE..NTAH APA2 LAGI..Mungkin sedap tido kut pagi-pagi ni.
Bengang punya hal...aku tanggalkan bajur ler.Tinggal singlet jer.
FINALLY...setelah menggunakan 1 kaki dan dua tangan tercabut jugak la tayar tu. Huhhhh..

Siap pasang spare tyre jam menunjukan 7.30 am. Maknanya dekat 1 jam gak ler aku mengerjakan tyre tu. Setelah meredah kesesakan sampai la ke SHAH ALAM JAM 8.30am.
Yang aku nk Hilight kt sini bukan le pasal tayar tu atau pasal sape angkara yang tidak bertanggungjawab membawa muatan besi tanpa memikirkan keselamatan pengguna lain. Tapi ada sesuatu yang lain untuk aku kongsi.
Semasa keluar rumah pagi dan sepanjang jalan jalan aku tak putus2 membaca doa2 untuk keselamatan yang dihafal supaya ALLAH memudahkan perjalanan ini.
Sejurus berlaku je kecelakaan yang merobekkan tayar keretaku seakan ada bisikan dihati."Tu la baca doa banyak2 pun berlaku juga kecelakaan, adakah ALLAH tak makbulkan doa yang diriwayatkan dari Nabi kekasihnya sendiri, sedangkan dia memberi jaminan barang siapa yang membacanya 3 kali waktu pagi dan petang yidak akan timpa bencana" Bisik suara itu. Aku tidak memberikan respon. Tumpuanku hanya pada bagaimana nak keluarkan tayar tu. Dalam perjalan seterusnya ke shah Alam yang sesak tu baru aku memikirkan kembali kata-kata tu. Bisika apa, siapa itu..adakah dari hatiku. Lantas aku tersedar
"YA ALLAH, itu bisikan syaitan yang cuba menggugugah akidah dan keimananku pada-MU YA Allah.Ampunkan dosaku jika bisikan tu lahir dari hatiku YA ALLAH. Jauhkanlah aku dari bisikan syaitan. Jadikanlah hatiku ikhlas pada-MU"
Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menolak doa hamba-hamba-NYA. Siapa tahu,mungkin ALLAH meminimumkan kesan kecelakaan yang berlaku pada ku kerana doa yang di pohon.
Itu semua dalam urusan dan ilmu-NYA. Hak kita sebagai hamba adalah berdoa kerana doa itu adalah ibadah. Memperkenankannya dalam bentuk apa jua adalah urusan ALLAH.
Itulah tarbiah yang aku dapat melalui kejadian ini walaupun terpaksa membelanjakan beratus ringgit untuk menggantikan tayar. Ada hikmah tersembunyi. Aku disekolahkan sebelum sampai ke sekolah. ALLAHU AKBAR!!

Isnin, 13 Oktober 2008

TAHLIL BID'AH??

MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.

Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil.

Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata tahlil atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' dilakukan di kebanyakan dunia Islam
Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu.

“Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama. Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama,” katanya.

Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah.

“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,” katanya.

Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama.
Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui. Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah.

“Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya.

Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu, Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu.

Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini mendapat pahala berlipat kali ganda.


Tahlil arwah:

Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)

Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.

Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.

HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.

Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan.

Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar.

Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.

Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my

Selasa, 23 September 2008

ramadhan dulu - dulu vs ramadhan le ning

Ramadhan yang kian sampai ke penghujungnya mengimbau kenangan zaman kanak- kanak di kampung. Cukup berbeza dengan kanak2 sekarang. Betapa tidak,malam -malam terakhir begini kami keluar beramai bermain sorok -sorok, berlari sekeliling kampung meredah gelap...masa tu bekalan letrik xder lagi.Hanya jamung yang dibuat dari daun kelapa di pacak di halaman rumah menjadi penyuluh.
Di situ kami main 'tebah tebuan'Kadang- kadang kami bermain hingga larut malam tanpa rasa takut menyorok di celah-celah pokok mahupun semak-samun.Mak bapak pun x kisah....masa tu xder nak bimbang pasai jenayah seperti yg berlaku macam-macam pada kanak-kanak hari ni.Nak takut kat hantu..hantu dah kena rantai..hehhe.
Pendek kata suasana kampung suasana cukup happening sekali. Itulah yang mengakrab hubungan zaman kanak-kanak kami.Nak tengok tv masa tu amatlah susah.Seingat aku la,hanya sebuah rumah je yang memiliki televisyen. Bila tiba malam raya pulak lagi meriah dengan golongan bapa bakar lemang, ibu2 pulak masak nasi dagang,ketupat dan macam2 juadah untuk esok.
Orang sekarang malam raya banyak habis depan tv jer sebab segalanya main beli atau tempah jer.Dah mals nak penat2 masak tapi masih ada yang mengekalkan tradisi lama yang menjadi asas kepada keharmonian keluarga dan juga masyarakat

Jumaat, 5 September 2008

ADAKAH JIN BOLEH MERASUKI MANUSIA???


Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 275:


الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ


Maksudnya: “Orang-orang yang memakan harta riba, mereka tidak berdiri (pada hari kiamat) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuki syaitan kerana gila.”
Para ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bolehnya jin memasuki tubuh manusia dan merasuki mereka, kerana mustahil Allah SWT membuat perumpamaan di dalam firmannya yang mulia dengan suatu perkara yang tidak boleh berlaku. Apabila Allah SWT membuat perumpamaan orang-orang yang memakan riba di dunia akan bangun pada hari kiamat kelak seperti orang yang dirasui syaitan, menunjukkan manusia boleh dirasuki oleh syaitan.



Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat di atas berkata:


لا يقومون من قبورهم يوم القيامة إلا كما يقوم المصروع حال صرعه وتخبط الشيطان له‏

Maksudnya: “Mereka (orang yang memakan riba) tidak bangun dari kubur-kubur mereka pada hari kiamat, melainkan seperti berdirinya orang yang disawan ketika sawannya dan dirasuki syaitan.”

Nabi SAW pula bersabda:

إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan bergerak di dalam badan anak adam melalui tempat perjalanan darah (urat).”
Al-Asy’ariy di dalam Maqalaat Ahl al-SUnnah wa al-Jamaah berkata: “Sesungguhnya jin memasuki badan orang yang disawan (oleh syaitan).” Dan beliau menjadikan ayat al-Quran di atas sebagai dalilnya.

Anak imam Ahmad bernama Abdullah berkata:


قلت لأبي‏:‏ إن قوماً يزعمون أن الجني لا يدخل في بدن الإنسي فقال‏:‏ يا بني يكذبون هو ذا يتكلم على لسانه‏

Maksudnya: “Aku bertanya kepada bapaku (imam Ahmad): Sesungguhnya segolongan orang beranggapan bahawasanya jin tidak boleh memasuki badan manusia.” Jawab bapaku: “Wahai anakku, mereka itu berdusta, jin boleh berbicara melalui lidah orang yang dirasukinya.”

Imam Ahmad dan al-Baihaqi juga ada meriwayatkan hadith dari Nabi SAW yang baginda didatangkan seorang budak yang dirasuki, lalu Nabi SAW bersabda:


اُخْرُجْ عَدُوَّ اللهِ، اُخْرُجْ عَدُوَّ اللهِ‏

Maksudnya: “Keluar wahai musuh Allah, keluar wahai musuh Allah.” Di dalam riwayat yang lain baginda menyebut:


اخرج عدو الله ، أنا رسول الله‏

Maksudnya: “Keluar wahai musuh Allah, aku adalah Rasulullah.” Lalu budah itupun sembuh.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyya RH di dalam Majmu’ al-Fatawa (Jilid 24, m.s. 276-277)berkata: “Kewujudan jin thabit berdasarkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul SAW dan berdasarkan kesepakatan generasi salaf dan para imam mereka, demikian juga masuknya jin ke dalam badan manusia thabit dengan kesepakatan para imam Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah…”
Wallahu a’lam.
-->>www.http://al-qayyim.net



Khamis, 4 September 2008

KENAPA PERLU MINTAK MAAF


MINTAK MAAF WEHH...Kawe toksey buat dohhh.

Timbalan Tok Ngulu mintak maaf kat kaum Cina kabornya.kenapa pulok tiba-tiba ni mintak maaf.Kisahnya kata Media anak buahnya kat Bukit Bendela kata Kaum Cina penumpang jer, tak layak dapat hak sama rata.Bila ntah dia kata...
Kalau beno la dia kata masa kempen pilihanraya ari tu tentula semua media Tok Ngulu akan siarkan.Ni dah kira menghasut.Mana ada dia kata....
Masa kempen ari tu Media Tok Ngulu kata kalau yg menghasut,maki hamun. pukul wartawan dan seribu satu macam yg jelik dan pelik tu kerja puak-puak parti lawan.Parti Tok Ngulu okey jer..kan orang hadhari, tentulah baik-baik belako.Tang nie la payah nak cayo nie.Tapi kalau betul la dia kata,ngape Timbalan Tok Ngulu yer-yer mintak maaf bagi pihak dia.Bukankah itu hanya pandangan peribadi kata orang-orang Tok ngulu.Biarlah dia yang mintak maaf..
Nampaknya tindakan orang-orang Tok Ngulu serba tak menjadi...Tipu pun orang tak cayo. ghoyak hok betul pun orang tak yakin.

Rabu, 3 September 2008

Selasa, 29 Julai 2008

Sabtu, 26 Julai 2008

Gua Silat


Sempat bergambar di Gua Silat yangmana dindingnya dikatakan penuh dengan kesan tapak kaki pesilat-pesilat suatu ketika dahulu

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

makam tok long







Dirakamkn di Gunung Senyum. Pahang semasa Kem Smart Solat

Sabtu, 12 Julai 2008

ASAL USUL MELAYU

Asal usul Melayu terus dikaji
Oleh Mohd Azis Ngah













Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah



MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.

Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia.

Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu.

Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak.
DR NIK Hassan bersama kumpulan pengkaji melakukan kerja cari gali artifak di Pulau Kelumpang.

Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah.

Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ.

Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi.

"Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.

"Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya.

Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau.

Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama.

Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh.

"Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.

"Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya.

Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui.

Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang

Pulau Kelumpang

# Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer

# Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian

# Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing

# Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007.

# Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988

Sabtu, 7 Jun 2008

Firaun moden peralat politik dunia Islam

PADA zaman keagungan kesarjanaan Islam, ulama berupaya mengkaji dasar wahyu dan dapat menyesuaikannya dalam bentuk praktik serta realiti zaman. Malangnya, bermula abad ke-4 Hijrah, umat Islam melalui satu zaman kelesuan ilmu dan pemikiran sehinggalah muncul abad ke-7 Hijrah yang mana ia benar-benar menjadi beku dan tidak berkembang.


Ini menyebabkan pengajian fiqh Islam tidak lagi berupaya merungkai persoalan baru dalam kehidupan umat Islam. Keadaan bertambah buruk apabila dunia Islam berada di bawah cengkaman imperialisme dan kolonialisme Barat.


Ketika era penjajahan inilah umat Islam berhadapan bencana besar iaitu berlakunya penjajahan fikiran yang melemahkan asas pemikiran dan perpaduan dunia Islam. Kesannya berlarutan hingga kini.


Ada usaha awal di kalangan ulama dan sarjana Muslim terdahulu untuk memecahkan fenomena kebekuan pemikiran ini. Pada abad ke-5 Hijrah, muncul ulama bernama Ibn Hazm yang menyeru pentingnya ijtihad dan pembaharuan digerakkan. Beliau mengkritik ulama dan imam yang disucikan pengikutnya.


Pada abad ke-7 Hijrah pula muncul imam Hambali yang menentang pembatasan dan penutupan pintu ijtihad sementara di abad ke-8 Hijrah, lahir Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyyah yang berusaha membawa gerakan pembaharuan dan pemurniaan dengan menyeru pintu ijtihad dibuka kembali.


Saat kerajaan Uthmani menuju zaman kemerosotan akibat kekalahannya dengan Eropah dalam beberapa siri peperangan, ia memperkenalkan idea pembaharuan dikenali sebagai �Tanzimat� (1839-1876).


Namun, program tanzimat bertujuan mengelakkan Turki dikuasai Eropah mengalami kegagalan akibat beberapa kelemahan yang melingkari umat Islam dan pemerintahan Uthmani ketika itu.


Di Mesir, ekspedisi Napolean (Perancis) yang berjaya menguasai Mesir (1798-1801) menyedarkan Kerajaan Mesir untuk melakukan pembaharuan bermula dari pemerintahan Muhammad Ali Pasya dan kemudian diperjuangkan tokoh ulama seperti Al-Tantawi, Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rasyid Rida.


Di Nusantara atau alam Melayu, khususnya di Indonesia dan Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai gerakan islah dan tajdid. Di Indonesia dan Malaysia gerakan itu melahirkan polemik pemikiran antara kaum muda dan kaum tua di samping munculnya golongan modernis dan sekularis yang lebih bersikap liberal dalam pemikiran Islam.


Walaupun pelbagai usaha pembaharuan pemikiran Islam dilakukan melalui pendekatan bersifat tradisional, konservatif, reformatif, modenis, neo-modernisme hinggalah kepada gerakan radikal dan intelektual, namun sehingga kini dunia Islam masih dibelenggu masalah dan krisis pemikiran.


Sungguhpun ada kejayaan dalam usaha tajdid dan islah, namun kejayaan itu tidak bersifat menyeluruh dalam bentuk yang mampu menyatukan dunia Islam secara kukuh dan terarah.


Kejayaan dicapai lebih bersifat setempat yang bergantung kepada pengaruh tokoh.


Selain itu, konflik sering berlaku antara golongan tradisional-konservatif dengan golongan reformis-modernis dan juga mereka yang dianggap berfahaman sekular dan liberal.


Realitinya, umat Islam masih berpecah kepada pelbagai aliran pemikiran, bukan saja dalam persoalan mazhab tetapi juga berbagai anutan ideologi Barat.


Antara punca berlakunya kelesuan pemikiran Islam ialah lahirnya sikap serta amalan taklid dan fanatik terhadap mazhab sehingga wujud kelompok yang berasa puas dengan warisan pemikiran dihasilkan ulama tertentu sedangkan kebanyakan ulama muktabar tidak pernah menyarankan supaya pemikiran, pendapat dan fatwa mereka dipegang, diamal sepenuhnya dan sepanjang zaman.


Justeru, apabila bangkit di kalangan segelintir sarjana dan ulama Islam yang cuba memecahkan persoalan mengenai fanatisme dan taklid maka akan bangkit golongan yang menentangnya sama ada kalangan golongan fanatik mazhab atau sekularis dan liberal yang terpengaruh dengan idea barat.


Akibat tidak ada kesatuan pemikiran menyebabkan dunia Islam dengan mudah menjadi pengikut setia kepada ideologi dan pemikiran Barat terutama dalam bidang ekonomi dan politik.


Justeru, tidak hairanlah sistem ekonomi Barat yang menghalalkan riba, mengutamakan barang kemewahan, keuntungan dan keseronokan mempengaruhi kehidupan umat Islam.


Natijahnya, kehidupan materialistik menjadi sebahagian penyakit umat Islam hari ini. Sifat ekonomi Barat yang mementingkan kemewahan dan kenikmatan duniawi memusnahkan jati diri serta matlamat manusia untuk beribadah kepada Allah.


Sepatutnya umat Islam berperangai dan bersikap seperti firman Allah yang bermaksud: �Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.� (Surah al-Qasas, ayat 77)


Umat Islam juga terperangkap dalam kemusyrikan politik. Ini realiti yang harus diakui. Politik dunia Islam hari ini adalah politik pecah-belah sesama sendiri sehingga tidak wujudnya kesatuan ummah.


Politik umat Islam sudah kehilangan arah kerana ia tidak bertujuan menyembah Allah. Arah kiblat politik majoriti negara Islam adalah mengabdikan diri kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat.


Amerika Syarikat sudah menjadi susuk Firaun moden yang mengajak dan memaksa kebanyakan negara Islam tunduk dan patuh kepada kehendak dan kekuasaannya. Firaun moden ini jugalah yang berjaya memperalatkan organisasi antarabangsa.


Walaupun hampir 20 peratus (kira-kira 1.9 bilion) keseluruhan penduduk dunia adalah beragama Islam dan mereka berada di 52 buah negara, di samping bertebaran dalam jumlah besar di beberapa negara seperti China, India, sekitar Balkan, Selatan Thailand dan Selatan Filipina, juga bertebaran di Russia, benua Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi umat Islam tidak berupaya berhadapan dengan ancaman dan serangan musuh Islam.


Oleh kerana politik umat Islam lemah, tidak bersatu dan berpecah-belah, maka bilangan yang ramai ini tidak mampu berhadapan dengan musuh. Paling malang ialah apabila kebanyakan negara umat Islam berpaut dan bergantung kepada kuasa Firaun ini.


Bagi mereka Amerika adalah pemberi rezeki (ekonomi) dan pemberi keselamatan (pelindung). Perang Israel-Palestin, Perang Teluk Pertama dan Perang Teluk Kedua (Perang Iraq-Amerika) adalah bukti nyata dalam hal ini.


Dalam keadaan begini, politik umat Islam seolah-olah sudah lari daripada apa yang sepatutnya dikehendaki Allah dalam firman yang bermaksud: �Katakanlah: Wahai Muhammad. Patutkah aku mengambil penolong selain Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan. Katakanlah sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah. Dan aku diperintahkan: Jangan sekali-kali engkau jadi daripada golongan orang musyrik itu.� (Surah al-An�aam, ayat 14)

Di petik dari Berita Harian Online
Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Penulis adalah Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

Rabu, 23 Januari 2008

Selasa, 22 Januari 2008