Hari ini aku keluar seawal 6.15 pagi untuk elak kesesakan melalui bandar Kelang.Nak lalu Jalan Kebun mungkin air belum surut lagi fikirku. Semalam aku terpaksa meredah banjir yang menenggelami jalan tersebut, dengan hujan yang masih turun malam tadi mungkin keadaan bertambah buruk. UTUSAN MALAYSIA hari menyiarkan berita kejadian banjir yang melanda kawasan tersebut merupakan yang terburuk semenjak 46 tahun.
Sepanjang jalan kereta taklah sesak sangat.Aku memecut mengikut hadlaju 90km/jam.
Tiba di persimpangan Johan Setia lampu isyarat masih lagi hijau, tanpa mengurangkan kelajuan aku terus ke lorong kanan. Tiba-tiba aku lihat dalam kesamaran pagi tu ada benda yang merintangi laluan aku, agak-agak aku panjangnya 3 kaki lebih kot. Nak elak mungkin aku terlanggar divider, nak brek nt takut kereta berpusing ke atau htah apa-apa jadinya pulak. Parah lagi kalau dirempuh dari belakang. Jadi dalam situasi yang kritikal dan hampir sangat dengan benda tu akau nekad merempuh dengan memegang stering kuat2. Bunyi kuat akibat rempuhan itu menggegarkan tangkai jantungku. Bunyi besi berlaga sesamanya. Rupa2nya benda tu ialah paip besi yang diameternya lebih kurang 6 inci.
Kereta yang dipandu sudah menjadi tak stabil ada bunyi yang kuat pada bahagian sebelah kiri. Perlahan aku masuk ke laluan kiri dan memberhentikannya di bahu jalan.
"Adusssss....tayar dah terkopak mak oii"
Setelah beberapa kali mencuba membuka tayar tu untuk diganti dengan spare tayar,ia taknak juga tercabut. Bila aku cek tengok, rim dah kemek. Patut la taknak tercabut.
Aku call proton icare mintak bantuan, diaorang suruh aku aku call rakan eon pulak.
Banyak pulak cekadak diorang.SURUH AKU CALL HQ PULAK. IKLAN JE LEBIH DIORANG NIE. MESRA PELANGGAN LE..NTAH APA2 LAGI..Mungkin sedap tido kut pagi-pagi ni.
Bengang punya hal...aku tanggalkan bajur ler.Tinggal singlet jer.
FINALLY...setelah menggunakan 1 kaki dan dua tangan tercabut jugak la tayar tu. Huhhhh..
Siap pasang spare tyre jam menunjukan 7.30 am. Maknanya dekat 1 jam gak ler aku mengerjakan tyre tu. Setelah meredah kesesakan sampai la ke SHAH ALAM JAM 8.30am.
Yang aku nk Hilight kt sini bukan le pasal tayar tu atau pasal sape angkara yang tidak bertanggungjawab membawa muatan besi tanpa memikirkan keselamatan pengguna lain. Tapi ada sesuatu yang lain untuk aku kongsi.
Semasa keluar rumah pagi dan sepanjang jalan jalan aku tak putus2 membaca doa2 untuk keselamatan yang dihafal supaya ALLAH memudahkan perjalanan ini.
Sejurus berlaku je kecelakaan yang merobekkan tayar keretaku seakan ada bisikan dihati."Tu la baca doa banyak2 pun berlaku juga kecelakaan, adakah ALLAH tak makbulkan doa yang diriwayatkan dari Nabi kekasihnya sendiri, sedangkan dia memberi jaminan barang siapa yang membacanya 3 kali waktu pagi dan petang yidak akan timpa bencana" Bisik suara itu. Aku tidak memberikan respon. Tumpuanku hanya pada bagaimana nak keluarkan tayar tu. Dalam perjalan seterusnya ke shah Alam yang sesak tu baru aku memikirkan kembali kata-kata tu. Bisika apa, siapa itu..adakah dari hatiku. Lantas aku tersedar
"YA ALLAH, itu bisikan syaitan yang cuba menggugugah akidah dan keimananku pada-MU YA Allah.Ampunkan dosaku jika bisikan tu lahir dari hatiku YA ALLAH. Jauhkanlah aku dari bisikan syaitan. Jadikanlah hatiku ikhlas pada-MU"
Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menolak doa hamba-hamba-NYA. Siapa tahu,mungkin ALLAH meminimumkan kesan kecelakaan yang berlaku pada ku kerana doa yang di pohon.
Itu semua dalam urusan dan ilmu-NYA. Hak kita sebagai hamba adalah berdoa kerana doa itu adalah ibadah. Memperkenankannya dalam bentuk apa jua adalah urusan ALLAH.
Itulah tarbiah yang aku dapat melalui kejadian ini walaupun terpaksa membelanjakan beratus ringgit untuk menggantikan tayar. Ada hikmah tersembunyi. Aku disekolahkan sebelum sampai ke sekolah. ALLAHU AKBAR!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan